Luahan Dr Say

#Berikutan kontroversi panas yang berlaku baru-baru ini di mana seorang pemanggil wanita yang digelar netizen sebagai 'gedik' yang mahu Dr Shazril menyambut kelahiran anaknya semasa bersiaran di radio Hot.Fm, Dr Shazril telah tampil membuat penjelasan.



#"Pertama kalinya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih nasihat dan teguran yang diberikan oleh anda di laman sosial media baru-baru ini.

#"Memang saya tidak sangka perjumpaan di Hot FM Isnin lalu akan mencetuskan pelbagai kontroversi dari pelbagai pihak. Walaupun ada komen-komen yang rata-ratanya berbaur kurang enak untuk didengar, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Komen itu boleh dijadikan sebagai pengajaran utuk saya memperbaiki diri saya sebagai doktor dan individu. 

#"Kesimpulannya, saya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan saya memohon maaf sekiranya saya ada menyinggungkan mana-mana pihak. 

#"And to clear off d air, saya bukanlah seorang doktor pakar sakit puan, saya hanyalah seorang pegawai perubatan siswazah (houseman) yang kini di unit kecemasan," jelasnya dengan tenang.

#Rata-rata pengikut Instagaramnya memberi semangat dan memuji dr Shazil atau dikenali sebagai Dr Say kerana tidak cepat melatah sebaliknya dia yang meminta maaf tanpa menyalahkan sesiapa. - Siakapkeli.my
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment