#Tersebar hari ini di laman sosial sebuah video seorang lelaki dikatakan memarahi ibunya di sebuah hospital yang mendapat perhatian netizen.
#Video berkenaan yang berdurasi 1 minit 36 saat menunjukkan seorang lelaki sedang membebel-bebel memarahi ibunya dengan nada tidak puas hati.
#Berdasarkan leteran yang kita boleh dengar sendiri dan tidak diketahui punca sebenar lelaki berkenaan memarahi ibunya.
#Kerana kata-katanya terhadap si ibu yang agak kuat menyebabkan orang ramai telah terganggu sehingga menarik perhatian orang lain yang secara tidak langsungnya telah memalukan ibunya.
#Kerana tidak tahan melihat seorang ibu yang membesarkan anak diperlakukan dengan biadap sedemikian, seorang lelaki berbaju biru telah bangun menegur lelaki berkenaan namun tidak diendahkannya menyebabkan pertikaman lidah berlaku.
#Si ibu dilihat cuba menyuruh lelaki itu duduk kembali dan membiarkan anaknya itu selain disabarkan oleh perakam.
#Bagaimanapun teguran lelaki berbaju biru berkenaan seolah-olah 'mencurah air ke daun keladi' apabila tidak dihiraukan. sebaliknya lelaki berkenaan terus menyambung memarahi ibunya di mana sesekali dilihat mengesat matanya berkemungkinan menangis. -Siakapkeli.my
bangang punye cerita..dh xda modal ke smpai tulis tajuk lain tp ceritanya lain.x abs2 nk buat certa bdo cmni..
ReplyDelete